Friday, April 28, 2017

BENGKEL VERIFIKASI DAN TAPAK LAPORAN SARINGAN 1 2017

Guru Besar,
Sekolah - sekolah Daerah Hulu Perak

Tuan,

BENGKEL VERIFIKASI DAN TAPAK LAPORAN SARINGAN 1 2017

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan segera pihak tuan.

2. Bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

    Tarikh   : 5,8 dan 9 Mei 2017
    Masa    : 3.00 petang - 5.00 petang
    Tempat : Seperti lampiran

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta membenarkan penyelaras LINUS sekolah tuan untuk hadir ke bengkel tersebut. Senarai sekolah yang terlibat adalah seperti di lampiran.

4. Selain itu, semua sekolah perlu memuat turun dokumen berkaitan untuk dilengkapkan dan dihantar semula SEBELUM atau PADA 17 MEI 2017 ke linusppdhup@gmail.com . Berikut merupakan dokumen yang perlu dihantar :
        a)   Laporan Saringan 1 (e-mail)
        b)   DPI Saringan 1 (e-mail)
        c)   Salinan Data Portal NKRA yang telah disahkan (hardcopy)

5. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung dengan Pegawai FasiLINUS di talian 05-791 2153.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

No comments:

Post a Comment