Tuesday, September 19, 2017

TAKLIMAT SARINGAN BERTULIS DAN TAPAK LAPORAN SARINGAN 2 2017

Guru Besar,
Sekolah - sekolah Daerah Hulu Perak

Tuan,

TAKLIMAT PENTADBIRAN SARINGAN BERTULIS (SARINGAN 2) 2017

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan segera pihak tuan.

2. Taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

    Tarikh   : 21 September 2017
    Masa    : 3.00 petang - 5.00 petang
    Tempat : Dewan Bestari, PPD Hulu Perak

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta membenarkan penyelaras LINUS sekolah tuan untuk hadir ke taklimat tersebut. 

4. Disertakan juga format laporan saringan 2 dan DPI LINUS2.0 untuk dilengkapkan dan dihantar semula ke e-mel linusppdhup@gmail.com pada atau sebelum 1 NOVEMBER 2017.

5. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung dengan Pegawai FasiLINUS di talian 05-791 2153.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

No comments:

Post a Comment