Friday, April 28, 2017

BENGKEL VERIFIKASI DAN TAPAK LAPORAN SARINGAN 1 2017

Guru Besar,
Sekolah - sekolah Daerah Hulu Perak

Tuan,

BENGKEL VERIFIKASI DAN TAPAK LAPORAN SARINGAN 1 2017

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan segera pihak tuan.

2. Bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

    Tarikh   : 5,8 dan 9 Mei 2017
    Masa    : 3.00 petang - 5.00 petang
    Tempat : Seperti lampiran

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta membenarkan penyelaras LINUS sekolah tuan untuk hadir ke bengkel tersebut. Senarai sekolah yang terlibat adalah seperti di lampiran.

4. Selain itu, semua sekolah perlu memuat turun dokumen berkaitan untuk dilengkapkan dan dihantar semula SEBELUM atau PADA 17 MEI 2017 ke linusppdhup@gmail.com . Berikut merupakan dokumen yang perlu dihantar :
        a)   Laporan Saringan 1 (e-mail)
        b)   DPI Saringan 1 (e-mail)
        c)   Salinan Data Portal NKRA yang telah disahkan (hardcopy)

5. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung dengan Pegawai FasiLINUS di talian 05-791 2153.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Sunday, February 26, 2017

TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN LISAN (SARINGAN 1) 2017

Guru Besar,
Sekolah - sekolah Daerah Hulu Perak

Tuan,

TAKLIMAT PENTADBIRAN SARINGAN LISAN (SARINGAN 1) 2017

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan segera pihak tuan.

2. Taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

    Tarikh   : 27 Februari 2017
    Masa    : 3.00 petang - 5.00 petang
    Tempat : Dewan Bestari, PPD Hulu Perak

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta membenarkan penyelaras LINUS sekolah tuan untuk hadir ke taklimat tersebut.

4. Dilampirkan juga borang maklumat guru yang perlu dilengkapkan dan diserahkan semula sebelum atau pada 6 MAC 2017 (ISNIN).

5. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung dengan Pegawai FasiLINUS di talian 05-791 2153.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Thursday, October 6, 2016

BENGKEL VERIFIKASI DAN TAPAK LAPORAN SARINGAN 2 2016

Guru Besar,
Sekolah - sekolah Daerah Hulu Perak

Tuan,

BENGKEL VERIFIKASI DAN TAPAK LAPORAN SARINGAN 2 2016

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan segera pihak tuan.

2. Bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

    Tarikh   : 10 dan 11 Oktober 2016
    Masa    : 3.00 petang - 5.00 petang
    Tempat : Bilik Kristal, PPD Hulu Perak

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta membenarkan penyelaras LINUS sekolah tuan untuk hadir ke bengkel tersebut. Senarai sekolah yang terlibat adalah seperti di lampiran.

4. Selain itu, semua sekolah perlu memuat turun tapak laporan saringan 2 dan tapak Dialog Pelaksanaan Intervensi LINUS2.0 untuk dilengkapkan. 

5. Berikut adalah dokumen yang perlu dihantar semula SEBELUM atau PADA 17 OKTOBER 2016 :
        a) Laporan Saringan 2 (e-melkan ke linusppdhup@gmail.com )
        b) Salinan Keputusan Saringan Portal NKRA yang telah disahkan 
        c) Powerpoint Dialog Pelaksanaan Intervensi LINUS2.0

6. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung dengan Pegawai FasiLINUS di talian 05-791 2153.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Wednesday, September 7, 2016

TAKLIMAT PENTADBIRAN SARINGAN BERTULIS LINUS2.0

Guru Besar,
Sekolah - sekolah Daerah Hulu Perak

Tuan,

TAKLIMAT PENTADBIRAN SARINGAN BERTULIS (SARINGAN 2) 2016

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan segera pihak tuan.

2. Taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

    Tarikh   : 19 September 2016
    Masa    : 3.00 petang - 5.00 petang
    Tempat : Dewan Seminar, PPD Hulu Perak

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta membenarkan penyelaras LINUS sekolah tuan untuk hadir ke taklimat tersebut.

4. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung dengan Pegawai FasiLINUS di talian 05-791 2153.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Wednesday, August 17, 2016

BENGKEL PROGRAM JERAYAWARA INTERVENSI LINUS2.0

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak

Tuan,

BENGKEL PROGRAM JERAYAWARA LINUS2.0 TAHUN 2016

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Satu bengkel yang merupakan program Intervensi Khas LINUS2.0 anjuran Institut Aminuddin Baki akan diadakan pada ketetapan berikut :

      Tarikh   : 23 Ogos 2016
      Tempat : Dewan Seminar, PPD Hulu Perak
      Masa    : 8.15 pagi hingga 4.30 petang ( Pendaftaran : 7.45 pagi )

3. Berikut disertakan surat panggilan dan senarai nama guru besar yang terlibat dalam bengkel ini.

4. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai FasiLINUS Daerah Hulu Perak di talian 05-791 2153.

Kerjasama yang diberikan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

MUAT TURUN :

Monday, August 15, 2016

INSTRUMEN SARINGAN KHAS (LISAN) LBI TAHUN 4

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak

Tuan,

INSTRUMEN LISAN SARINGAN KHAS LBI

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saringan khas LBI bagi murid-murid Tahun 4 akan bermula pada 14 hingga 19 Ogos 2016. 

3. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah yang terlibat dikehendaki menjalankan saringan ke atas murid yang BELUM MENGUASAI K1-K12 pada saringan 1 yang lalu.

4. Berikut disertakan instrumen saringan dan senarai sekolah yang terlibat.

5. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pegawai FasiLINUS di talian 05-791 2153.

Sekian.

MUAT TURUN :


Monday, August 1, 2016

INSTRUMEN SARINGAN 2 (LISAN) LINUS2.0 2016

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Guru Besar SK, SJKC dan SJKT
Daerah Hulu Perak

Tuan,

INSTRUMEN SARINGAN LISAN SARINGAN 2 LINUS2.0 2016

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman tuan, pelaksanaan Saringan Lisan untuk LBM, LBI dan Numerasi bagi Saringan 2 LINUS2.0 perlu dijalankan di semua sekolah bermula 1 Ogos 2016 hingga 30 Ogos 2016.

3.    Sehubungan dengan itu, tuan dipohon untuk memastikan Penyelaras LINUS sekolah memuatturun instrumen saringan pada pautan di bawah.

4.     Segala masalah dan pertanyaan sila berhubung dengan Pegawai FasiLINUS yang menyelia sekolah tuan.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.