FAQ

SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN PROGRAM LINUS



1.    Apakah maksud konstruk?
Konstruk ialah kemahiran atau keupayaan yang ingin diuji kepada murid.

2.    Berapakah konstruk yang perlu dikuasai oleh murid untuk mencapai aliran perdana?
Untuk Literasi, murid perlu menguasai Konstruk 1 hingga 8 dan untuk Numerasi, murid perlu menguasai Konstruk 1 hingga 10.

3.    Apakah perbezaan antara ujian dan saringan?
Ujian diadakan untuk menguji pencapaian murid mengikut gred A, B, C, D atau E manakala saringan diadakan untuk mengukur penguasaan murid terhadap sesuatu konstruk.

4.    Siapakah yang terlibat dalam pentadbiran saringan LINUS?
Guru mata pelajaran Tahun 1 dan 2 iaitu BM dan Matematik, guru pemulihan khas serta guru-guru lain yang menganggotai panitia BM dan Matematik.

5.    Apakah ciri-ciri guru yang perlu untuk mengajar LINUS Tahun 1 dan Tahun 2?
Guru BM dan Matematik Tahun 1 dan 2 mestilah guru opsyen, berpengalaman (bukan GSTT) dan telah menghadiri kursus LINUS.

6.    Pihak manakah yang bertanggungjawab melaksanakan program LINUS?
Pihak Guru Besar merupakan ownership untuk memastikan pelaksanaan program LINUS berlaku di sekolah masing-masing.

7.    Bilakah murid LINUS Tegar Tahun 1 boleh dihantar kepada guru pemulihan?
Selepas saringan 2 pada bulan Jun.

8.    Bilakah murid LINUS Tegar boleh dikeluarkan daripada data LINUS?
Selepas disahkan mengalami masalah kesihatan seperti autism, sindrom down dan lain-lain oleh pegawai perubatan bertauliah dan mendapat kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

9.   Adakah data murid aliran perdana perlu dimasukkan dalam pengisisan data LINUS untuk saringan seterusnya?
Ya, datamurid aliran perdana perlu dimasukkansetiap kali selepas saringan diadakan dalam proses pengisian data.  

10.  Sekiranya ibu bapa tidak setuju untuk menghantar anak mereka ke kelas pendidikan khas, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah?
Pihak sekolah perlu mengeluarkan surat kepada ibu bapa supaya mereka bersetuju anak mereka di tempatkan di kelas pemulihan.  Data murid tersebut perlu dikeluarkan daripada data LINUS.

11.  Perlukah murid yang telah berada di aliran perdana mengambil saringan seterusnya?
Murid aliran perdana tidak perlu mengambil saringan seterusnya.

12.  Siapakah yang terlibat dalam program LINUS?
Penglibatan pihak pentadbir, semua guru di sekolah, ibu bapa dan PIBG amat diperlukan  dalam menjayakan program LINUS ini.

13.  Sekiranya terdapat perpindahan keluar atau masuk murid ke sekolah, apakah yang perlu dilakukan kepada data LINUS?
Murid yang keluar perlu dikeluarkan daripada data LINUS manakala murid yang masuk perlu dikenalpasti sama ada LINUS atau aliran perdana dan perlu dimasukkan ke dalam data LINUS.